Bulan december hari tu, saya sempat la bawa satu group ke Jakarta dan Bandung, Indonesia selama 4 hari 3 malam. saja buat keje part time jadi tour guide waktu2 lapang cam ni..perjalanan pagi tu dimulakan seawal jam 6 pagi..saya sempat lepak dulu dekat MCD KLIA sambil menunggu tetamu seramai 44 orang yang akan turut serta bercuti ke Jakarta & Bandung.
Penerbangan pada jam 8 pagi tu dengan pesawat Malaysia airlines. macam biasa la, kalau waktu pagi memang tak ramai orang dan waktu pagi ni la selalu nya tiket murah. bayangkan aku seorang jaga 44 orang..hahaha..mencabar bukan.. flight dari KLIA ke aiport jakarta ambil masa selama 1 jam 45 minit..dekat je..pergi KK lagi jauh..
yang kat atas ni la itinerary yang telah diberikan kepada semua 44 orang tetamu. penting baca itinerary ni supaya anda tak tertipu..jangan ambil mudah benda ni..melainkan anda cukup kaya dan boleh beli apa saja kat tempat anda melancong nanti.
Yang best naik MAS ni sebab dapat earphone ni, tapi MAS pun bijak juga, korang takleh nak bawa balik benda ni sebab pin earphone tu tak sama macam kat laptop or kat fon korang.
banyak hiburan ada dalam flight MAS ni..leh la layan lagu dengan layan cite or movie ..memang tak perasan la kalau dah khayal tengok cite..tau2 dah sampai jakarta je..
dapat la juga tengok permandangan syuruk awan biru..kat bawah tu adalah kepulauan Riau..mana yang tak tau riau kat mana..leh goolge…biar celik geografi sikit..
Ni sarapan pagi dalam flight MAS..bak kata chef wan, nasi lemak telanjang..nasi lemak tanpa timun, ikan bilis dan kacang..sebab tu chef wan kata nasi lemak telanjang. tapi sedap juga la.sebab dah lapar kan..haha
selepas tiba di airport jakarta, kami terus dibawa oleh tour guide untuk makan tengah hari..di indonesia makan tengah hari mereka panggil makan siang..macam biasa la kalau pergi indonesia..mesti makan nasi padang punya…
ini restaurant pertama kami tiba untuk makan siang..leh tahan sedap juga kat sini..makanan dia tradisional dan asli..saya memang suka makan ulam dan makan ala kampung ni.
antara menu yang dihidangkan di restoran padang ini
sebelum meneruskan perjalanan, saya sempat beli simcard nombor indonesia..disini mereka panggil kartu ..dan top up mereka panggil pulsa…
lokasi lawatan pertama adalah Taman Mini Indonesia dan MONAS..disini anda dapat lihat banyak contoh rumah masyarakat Indonesia yang berbilang kaum dan adat…
sempat la juga ambil gambar pelancong ni walaupun tak ready lagi nak amek gambar
ada kerbau ? ni salah satu haiwan yang digunakan oleh masyarakat disini untuk bercucuk tanam..nam membajak sawah katanya..
disini juga ada monumen seperti di Bali dan candi borobudur di yogjakarta..banyak tempat menarik anda boleh lihat disini..sangat sesuai untuk ambil gambar..
selesai melawat lokasi menarik di jakarta, kami meneruskan perjalanan ke Bandung dengan menaiki bas ini.. perjalanan selama 4 jam itu mengharungi kesesakan kota jakarta dan disepanjang perjalanan jalan sesak..kat sini jalan sesak mereka panggil MACET…jalan disini macet ya pak..haha
bila sampai saja di bandung, perkara pertama adalah shopping ya..bukan makan…bawa dulu shopping di beberapa tempat seperti Grande Factory outlet dan Rumah Mode.
dekat luar tempat shopping ni macam biasa la…ramai penjual-penjual yang akan memujuk anda untuk beli…pandai2 la tawar ye…
selesai shopping tiba masa untuk makan malam…ini lah menu untuk makan malam..
dengan penuh harapan aku nak pergi rumah mode..sekali sampai dia tengah renovate pulak..adehh
settle semua kerja, aku pun pulang la ke hotel dan menginap di salah satu hotel di bandung..imperium hotel bandung menjadi sasaran kami..hotel ni biasa je..takde yang menarik..
sempat la layan cite kat TV ..saya dah biasa sangat tengok cite indonesia..jadi bila sampai sini ..tengok Trans 7..hehe
ni la bilik mandi, boleh la kalau sekadar nak tidur dan berehat saja kat hotel ni..hotel ni rate dia 3 bintang..takleh nak expect tinggi sebab hotel2 lain pun biasa je kat sini..
bathtub ni sesuai digunakan untuk mandi air panas..kat bandung ni sejuk sikit..kalau mana makcik pakcik yang tak tahan sejuk tu, leh la mandi air panas…hehehe nanti sy sambung perjalanan hari berikut nya..