Quantcast
Channel: UzairOthman.com » agency
Viewing all articles
Browse latest Browse all 24

PERCUTIAN UZAIR OTHMAN KE JAKARTA & BANDUNG, INDONESIA – PART 2

$
0
0

20131206_080034

Di hari kedua saya di Bandung, kami meneruskan perjalanan untuk ke tengkuban perahu iaitu sebuah kawah gunung berapi yang masih aktif disana. terdapat 12 buah kawah kesemuanya dan ia mengeluarkan gas dan bau sulfur yang kuat..jadi kalau kesini better pakai penutup hidung ya..

 

20131206_080053

perjalanan selama 40 minit dari kota bandung ke puncak tengkuban perahu..nama dia begitu kerana gunung tersebut seperti sampan terbalik dan ada cite mitos nya..

20131206_091109

van digunakan untuk naik ke puncak ..tak boleh la pakai bas besar..mau jatuh gaung nanti..

20131206_091835

ni dia kawah gunung berapi..kalau berani turun la kebawah tu…tanah dari gunung berapi ni bagus untuk buat ubat..kalau ada sakit kulit tu..elok mandi pakai tanah ni..ada juga orang jual tanah tu kat sini..10 ribu rupiah saja..

 

20131206_091901

 

bila korang naik je ke puncak ni..memang majoriti pelancong malaysia yang ramai..jadi tak perlu risau nak tawar menawar harga kat sini..tapi better beli barang kraftangan di bandung..disana lagi murah..kat atas puncak ni semua mahal.

 

20131206_093113

kalau ada yang nak naik kuda tu..leh la sewa kuda ni…

20131206_093641

inilah gambaran di puncak tengkuban perahu..look point kat sini memang cantik dan suhu yang sejuk lebih kurang macam cameroon highland..makcik pakcik pasti suka datang sini.

20131206_094033

ini lah group yang saya bawa ketika bercuti ke bandung dan jakarta selamat 4 hari 3 malam.

20131206_094559

sebelum beredar dari sini…sempat la amek gambar kawah gunung berapi ni..

20131206_122700(0)

setelah itu, pulang semula ke bandung dan singgah makan dulu di restoran di bandung ni. kali ni dihidang makanan laut..memang sodaapppp

20131206_131053

pilih pilih ketam…makan puas2..haha

20131206_134230

lepas puas makan, tiba masa bawa mereka ni shopping…bermula dengan TOKO  TIGA..tempat ni famous dengan baju branded dengan seluar jeans..borong la puas2..lagi murah kot kat sini..

 

 

20131206_134256

 

inilah gambaran depan kedai TOKO TIGA

20131206_135803(0)

kalau sampai sini…jangan lupa amek keychain percuma dekat kaunter bayaran…tapi  kene beli dulu la ye..hehehee

20131206_170632

 

lokasi berikut nya adalah pasar baru..disinilah kemuncak shopping…keimanan dan nafsu shopping anda akan teruji disini kerana dekat sini semua kain2 murah2….pilih2..hahahaa

 

 

 

 

 

20131206_152302

 

dekat sini ada jual tshir bandung dengan kadar harga 100 ribu rupiah dan anda dapat 5 tshirt..kalau bernasib baik dapat la 6 helai..tapi untuk saiz kecik jela..hehehe..

20131206_153110

 

telekung kat sini adalah paling murah dekat indonesia…korang leh tawar sendiri la kat sini..paling murah leh dapat 70 ribu rupiah..tapi paling low kualiti la..kalau nak baik sikit 120 ribu rupiah..

 

 

 

20131206_155612

 

pisang salai keju pun best juga..kat sini 10 ribu rupiah saja ..tengok jenis pisang…kalau pisang yang sedap mahal lagi la ye…

 

20131206_180806

 

settle shopping hari ni,, sebelum pulang kami pergi makan malam dulu..macam biasa la makan nasi padang..kemudian dalam perjalanan balik kami dihiburkan dengan pemuzik jalanan..kat bandung ni berjuta pemuzik jalanan ada kat sini..tempat popular nak tengok pemuzik jalanan ni adalah di stasiun timur 12…atau dikenali sebagai ST12…itulah asal usul band st12..banyak lagi band indonesia yang best kat sana..


Viewing all articles
Browse latest Browse all 24