Mencari hotel murah kat penang ? hmm saya ini seusai la kot..sebab waktu saya pergi ni cuti tahun baru cina. dan kebanyakkan hotel di Penang semua full. lagi-lagi kat area pulau..memang susah nak dapat hotel yang selesa lagi murah. Jadi kebetulan search dekat booking.com hanya hotel ni yang murah dan available. Kadar harga hotel ni adalah RM 89 untuk satu malam dan selepas tambah cukai semua jadilah RM 125 macam tu. tax saja dah sampai 16% ..nak kaya betul..kalau ada GST nanti bagus la sikit.. Hanya kene tax 6% saja..
ni lah rupa katil nya untuk double sharing. boleh la dan selesa juga kalau nak bermalam kat sini. sesuai dengan harganya juga.
semua bilik penginapan kat sini ada aircond jadi tak perlu risau kalau kepanasan ya..
Paling penting mesti ada TV..kalau tak memang bosan jela kalau takde TV..layan la juga cuma takde Astro je.
Kalau nak minum air panas memang kejap je siap dengan ada nya benda ni..bagus ada benda alah ni..
Ni pula tandas dia, tandas dia bersih dan selesa la kalau nak selesai urusan dunia ni..hehe
ada shower air panas dan sejuk ..paling bagus ada siap sabun lagi..jadi kalau terlupa nak bawa leh je pakai sabun kat dinding tu.
tuala juga disediakan
bilik saya ni smoking room walau pun tak hisap rokok..dapat la tengok permandangan luar dan kat sini parking kete juga disediakan.
ini paling penting, dari hotel yang saya menginap tu hanya 10 minit saja untuk ke jambatan pulau pinang . memang dekat sangat dah..kalau nak ke Jetty pun dekat…jadi tak kisah sangat kalau tak bermalam di pulau.. cuma kalau nak ke Georgetown atau batu feringgi amek masa sikit sebab jauh dan jalan sesak.