Quantcast
Channel: UzairOthman.com » agency
Viewing all articles
Browse latest Browse all 24

Trip Backpacker Hatyai-Phuket-Krabi – Part 1

$
0
0

1

Assalamualaikum, rasanya dah cukup lama tak update blog..sekarang update la sikit untuk trip backpacker saya baru-baru ini iaitu ke Thailand. Melibatkan 3 bandar pelancongan terkenal di Thailand iaitu Hatyai, Phuket dan Krabi selama 6 hari 5 malam. Saya mulakan perjalanan saya dari KL sentral pada jam 10 malam dimana perjalanan dari sini ke Hatyai mengambil masa selama 14 jam. Oleh kerana perjalanan dalam tempoh yang lama, jadi dah prepare siap-siap makanan untuk makan dlm  KTM ni.

2

Saya booking tiket ktm ni untuk seat bawah yang berharga RM 60 sehala. memang selesa dan sejuk..selesa la nak tidur sementara menunggu perjalanan ke Hatyai.Di nasihatkan anda ambil katil sebab nanti lenguh nak duduk kalau ambil seat tanpa katil ni. Dekat dalam KTM pun ada kantin dan ada orang jual makanan cuma harganya boleh tahan mahal juga la. Baik siap-siap beli makan di luar.

 

3

 

Jam 9.30 pagi,  baru sampai station padang besar untuk turun bagi pemeriksaan imigresen. sebelum cek passport, singgah dulu makan di kantin station ktm padang besar ni. murah lagi makan kat sini..hehehe…lebih kurang jam 10.30 pagi, train ke Hatyai akan berada di platform 1 untuk meneruskan perjalanan. Dari padang besar ke Hatyai mengambil masa 1 jam perjalanan.

4

Akhirnya sampai juga di station kereta api Hatyai. starting pada sini, sudah ramai travel agen dan pemandu tuk tuk menunggu anda. saya sudah pun menempah bilik di guest house berdekatan bandar Hatyai ni. Memang murah penginapan di Hatyai. Dari station Hatyai ke Guest house mengambil masa 10 minit jalan kaki, tak jauh mana pun dari tempat tarikan disini iaitu Hatyai night street.

 

5

gambar atas ni adalah permandangan Hatyai dari Guest House yang saya menginap. di sepanjang bahu jalan penuh orang menjual pelbagai barangan menarik seperti baju, kasut , restoran halal, tiket loteri dan massage paling banyak..haha..lupa nak bagi tau, kat sini waktunya lewat sejam dari Malaysia sebab Thailand GMT-7.

 

6

Ni la bilik yang sy tempah, simple dan biasa je..maklumlah murah kan…yang penting cukup la untuk tinggal semalam disini.

7

ni sebenarnya lobby hotel ni, dia include sekali cafe dan reception guest house ini..nak surf internet boleh la kat sini.

8

gambar kat atas tu bukan air bateri ya..itu drinking water..memang sttle..

9

selepas check in, saya berjalan-jalan dulu di bandar Hatyai untuk surver apa yang menarik kat sini..di waktu siang ramai orang Malaysia ke sini untuk beli-belah sebab barang-barang kat sini semua murah.

10

nak cari makan halal tak susah kat hatyai ni, banyak restoran halal ada dan mereka juga boleh berbahasa melayu sebab mereka orang pattani. dialek dia pun lebih kurang Kelantan-Terengganu juga. makan dekat sini sama je dengan kat KL..lebih kurang je harganya..pandai cari boleh la dapat murah.

11

lepas makan, meneruskan perjalanan ke Floating market yang terkenal kat Hatyai ni. Perjalanan selama 20 minit dari bandar Hatyai dengan menaiki tuk-tuk.

12

TUUU DIAAA floating market…di buka dari petang sampai kul 7 mlm cam tu..better datang dalam pukul 4 petang sebab lewat petang mcm tu dah mula ramai orang.

13

Dekat sini majoiriti penjual ada beragama islam, tapi sy nasihat beli lah yang dekat orang yang pakai tudung sebab yang itu confirm islam.. dekat thai ni kritikal sikit untuk orang yang pakai tudung.

14

ini favorite saya semasa di floating market..beli air dalam cawan tanah liat..ada pelbagai bentuk memang menarik dan murah..25 bath saja.

15

dekat area floating market ni, ada juga satu pasar yang menjual pelbagai jenis souvenir..harganya kene pandai tawar baru dapat murah. macam biasa dekat sini anda boleh berbahasa melayu dan mereka akan faham sebab mereka orang Pattani. selepasmelawat floating market, saya pun pulang semula ke bandar Hatyai.

16

 

Hari pun semakin malam, jadi terus pergi ke area Hatyai night street berdekatan dengan Lee garden plaza. tengok jela gambar diatas ada bermacam-macam makanan. paling menarik udang galah…..

17

besauuuu udang tuuuuu..harganya 300 bath sekor…tak tahu la murah ke mahal..hehehe

18

ni la kedai makan pilihan saya, sebab nya “anda pun paham kan” ..awek lawo pulak yang hidangkan makanan..hahahahaa…menu kat sini yang best Nasi lemak ayam goreng dan teh ais…teh ais dia memang terbaik dan ayam goreng pun sedap dan berempah.

19

 

ini lah suasana Hatyai di waktu malam, penuh je dengan orang Malaysia…sambung baca perjalanan saya di part 2 (klik sini)

Thanks sudi baca.

 

Jika anda mencari pakej backpacker Hatyai-Phuket-Krabi murah, boleh refer di page ini :-

http://www.uzairothman.com/2014/10/04/pakej-backpacker-hatyai-phuket-krabi-7d6n.html (klik link ni)


Viewing all articles
Browse latest Browse all 24