Quantcast
Channel: UzairOthman.com » agency
Viewing all articles
Browse latest Browse all 24

Percutian Uzair Othman ke Boracay Island, Philippines – Part 1

$
0
0

1

 

Percutian ke Boracay Island, Philippines merupakan salah satu plan yang dah lama saya rancang bersama rakan-rakan travel.  Kalau takde AirAsia, maybe tak tau kot tempat ni dan tak terfikir nak ke sini.  Saya travel ke Boracay ini pada 10-13 March 2015 bersama 2 orang lagi rakan saya iaitu hafiz dan acap..Mereka berdua ni boleh dikatakan baru juga la berjinak-jinak dalam dunia Backpackers ni. Oleh kerana saya bosan travel sorang, jadi ajak la mereka sekali untuk memeriahkan keadaan..hehe

Flight ke Boracay ni saya dapat harga RM 363 seorang (tak termasuk airport tax di kalibo airport iaitu 500 peso).  Untuk harga RM 363 tu kira murah juga la disebabkan peak season di sini bermula dari March – September.  Kalau datang musim lain memang tak baik la nasib anda sebab ada monsun dan silap-silap kene taufan macam beberapa tahun dulu yang mengorbankan puluh ribu penduduk filipina.

Flight ke Boracay mengambil masa 3 jam 30 minit, dan flight saya pada jam 10.50 pagi. Waktu di Filipina adalah sama seperti Malaysia iaitu GMT-8 cuma siang dan malam nya sama macam sabah..jadi pukul 6 pagi dah terang dan 6 petang dah malam.  Sebelum tu pastikan korang sebut boracay ni dengan sebutan yang betul..

sebut dalam Melayu adalah  “Borakai” ..orang filipina semua cakap macam tu…orang putih je cakap “Borakay”..yang betul adalah Borakai.

2

semasa dalam flight korang kene la prepare beberapa maklumat penting seperti

  • boarding pass (tiket flight)
  • passport (valid 6 bulan selepas dari tarikh travel)
  • isi departure card
  • isi maklumat kesihatan filipina.
  • bawa salinan tempahan hotel
  • kalau tinggal lebih 30 hari, korang kene apply Visa kat kedutaan Filipina di Malaysia.

Tapi korang jangan takut sangat…Imegresen Filipina paling tak selamat di dunia..hahaha…mana ada scanner selepas korang cop passport.

dia main cek gitu je.. tapi beg aku langsung dia tak usik/sentuh…dia tengok passport pastu terus ke pintu keluar…

kalau nak bawa barang terlarang pun boleh lepas..tapi kalau kantoi padan muka la..haha

3

Ni la sahabat saya tiga orang ni..yang kanan (hafiz) yang belakang (acap)…kami je 3 orang melayu dalam flight ni..haha..oleh sebab flight 3 jam  30 minit..macam2 game fon kami main..bosan teramat…

 

4

oleh sebab susah cari makanan halal dan jarak penerbangan yang jauh, order makanan dulu la…hehe…beli online je..korang boleh cek harga di webstite airasia…makan nasi tomato je ..yang penting kenyang..

 

6

Jam 2.30 petang kami touchdown di Kalibo Internation Airport…kiri kanan airport ni penuh dengan sawah saja…Airport ni pun kecik sangat2..takde benda yang menarik pun..untuk ke Boracay island, korang perlu menaiki bas dari airport kalibo ke caticlan jetty yang mengambil masa 2 jam untuk sampai. jaraknya lebih kurang 75 KM yang melalui jalan kampung di kalibo ni.

5

 

Bila sampai je di airport ni, semua tak sabar-sabar nak  keluar rebut bas..maklumlah takut penuh..sebenarnya korang boleh book online di website southwest travel/transport..tapi book online mahal 100 peso..kalau walk in murah sikit leh dapat harga 1150 peso..harga tersebut termasuk :-

  • Tiket bas pergi balik dari Airport Kalibo-Resort di Boracay
  • Pick up di lobby resort
  • Governmental fee
  • Ferry caticlan – Boracay
  • senang cite semua all in la..

 

 

 

 

7

Nak cari bas south west ni senang je, korang cari je dulu pondong south west di depan pintu keluar kalibo airport…senang cari baju oren ni..ada signboard juga kat khemah dia orang.

8

lepas bayar tiket , dia akan bagi tiket macam atas ni  (boarding pass)..so ikut je arahan guide dia orang dan naik mengikut no bus yang di tetapkan.

9

Bas ni leh muat 40 orang dan masa dalam perjalanan ke caticlan jetty , korang akan singgah di satu hentian milik southwest. leh la membuang apa yang patut atau beli air…memang jauh perjalanan nya…kira-kira 2 jam naik bas dan 15 minit naik ferry sebelum 20 minit naik kereta untuk transfer ke resort.

10

Ini dia hentian milik southwest , memang ramai beli air..hausss…

11

sempat la juga bergambar dengan bas ni…kira bukti sampai sini..hehe

13

masa dekat airport kalibo tak de scanner, tiba-tiba sampai caticlan jetty ada pulak scanner,..jadi kene la cek ye..

14

lepas cek, korang akan dapat tiket ferry dan staff southwest akan bagi mengikut pelekat yang kat baju aku tu…naik ferry ke seberang dekat saja..lebih kurang 15-20 minit.

16

ini gambaran dalam ferrry…besar dan boleh muat ramai penumpang dalam 1 masa

15

lepas sampai di jetty boracay, staff southwest akan tempatkan di multicab loading area untuk transfer ke resort. Masa ni korang prepare la dengan salinan tempahan hotel..ini penting kerana boracay ni besar juga ..ada station 1,2,3…

station 1 – hotel mewah

station 2 – hotel sederhana

station 3 – hotel bajet (aku tinggal sini je)…haha

17

Di jetty borcay, korang boleh lihat sunset yang cantik…biasa dapat tengok ni masa pukul 5.30 sehingga jam 6 petang.

21

aku menginap di Starfire resort (Annex building) di station 3 boracay..ni antara yang termurah dan booking di booking.com.

oleh kerana kami bertiga, jadi kami tempah bilik triple (ada 1 queen bed + 1 single bed). harga 1 malam adalah 2000 peso.

18

dalam bilik ada Tv, almari, aircond, air panas, dan kemudahan di resort seperti water dispenser dan WiFi.

 

 

19

 

Ni la rupa tandas nya, orang filipina ni main calit2 je..jadi kalau korang keluar jalan2 kene la prepare botol berisi air paip ye.

 

20

 

Ni la rupa katil aku untuk 4 hari 3 malam disini

 

 

22

lepas rehat dan mandi, kami pun bersiar-siar di pantai white beach…banyak tempat makan dan shopping..tapi makanan halal memang susah kat sini..ada pun restoran halal mindanao.  Tapi malam ni kami nak makan di D’Talipapa iaitu tempah makan famous..cara kat sini, korang beli barang basah..lepas tu upah kat kedai makan untuk cooking service..korang reqeust la macam mana cara nak masa sekali pun..harga nya untuk upah masak 1 lauh adalah 150 peso-200 peso…

23

Ini dia Wet market, korang tawar menawar la…ada murah dan mahal…ada juga yang pandai cakap melayu sikit..tapi kat filipina ni semua fasih cakap english..respect kat dia org..

24

cari signboard ni untuk ke D’talipapa..memang tersorok sikit..ia terletak di station 2..tanya je orang2 tempatan…semua tahu tempat ni..memang famous untuk pelancong.

25

inilah menu makan malam kami..ikan kerapu sweet sour, sotong sizziling , sayur kangkong dan steam rice..kat sini ada 2 jenis nasi..satu lagi nasi bawang putih (garlic rice). harga pun leh tahan…420 peso sorang..hahaha…itu pun selepas harga yang telah di bahagi 3 orang…

27

Dari white beach, korang cari landmark ni untuk ke D’Talipapa, cari boracay sun beach resort. Dekat juga dengan Villa D’oro.

 

26

 

lepas makan, tiba masa untuk cari aktiviti esok dan lusa…kat sini ada bermacam-macam aktiviti dan bergantung pada kos anda..kalau banyak duit leh cuba semua..jangan tanya murah atau mahal…semestinya semua benda kat pulau ni adalah mahal..hahaa..tapi korang mesti cuba island hopping, ATV, Helmet Diving, Fly Fish, boat sailing (sunset). tak pe nanti saya akan cite kos nya di post yang akan datang.

 

28

ini pula suasana di white beach, boracay..memang hari-hari party..meriah…kat sini banyak pelancong korea, china, Rusia, US, japan..Tapi ada 1 tour guide inform kat aku yang Malaysia kini dah masuk top 10 pelancong paling ramai ke Boracay..Ini disebabkan ada nya direct flight AirAsia…tapi kalau nak cari orang melayu datang sini memang leh kira pakai jari..haha..

29

 

part berikut sila klik dibawah :-

Percutian Uzair Othman ke Boracay Island, Philippines – Part 2


Viewing all articles
Browse latest Browse all 24