NAGOYA, 9 MAY 2013– Kerjasama dua pihak diantara Tourism Malaysia dan beberapa travel agency dari Jepun telah menjayakan satu program iaitu penerbangan charter dari Nagoya Centrair Airport terus ke Kota Kinabalu yang tiba pada 2 May 2013 lalu.
Penerbangan yang di sertai oleh 260 penumpang melalui penerbangan A330 -300 China Airlines aircraft dan ini merupakan satu batu loncatan dalam memajukan pelancongan di Malaysia. Dengan kerjasama Tourism Malaysia, pakej 5 hari 3 malam telah dijual kepada pelancong Jepun untuk mempromosikan beberapa tempat menarik di Sabah seperti Bandar Kota Kinabalu, Ranau, and Kundasang.
Tempat yang dilawati termasuk Tunku Abdul Rahman Marine Park, Kinabalu Park, dan Poring Hotsprings. Lokasi ini menjadi tumpuan utama Tourism Malaysia kerana mampu di promosi kepada pelancong asing dan menjayakan lagi Tahun Melawat Malaysia 2014 nanti.
Terkini, masih belum ada lagi penerbangan terus dari Wilayah Chubu ke Malaysia dan kali terakhir penerbangan yang diadakan oleh Malaysia Airlines iaitu pada tahun 2008. Tourism Malaysia mensasarkan pelancong dari wilayah Chubu dalam mempromosikan tahun melawat Malaysia 2014 nanti. Selepas ini pastikan akan lebih banyak lagi charter flight akan diadakan di destinasi yang lain di masa akan datang.