Perjalanan jelajah Europe saya diteruskan dan kali ini ke Kota Madrid di Sepanyol. selama 3 hari 2 malam saya di sini dan ini merupakan salah satu wishlist tempat lawatan saya. Dalam lawatan saya ke Madrid ni tak perlu cop passport sebab saya sudah cop di Paris. Anda boleh travel dalam Euro iaitu lebih kurang 26 negara tanpa cop passport kecuali UK dan beberapa negara lain.
bagi yang belum baca perjalanan jelajah eropah saya terdahulu, boleh baca disini (klik dibawah)
TRIP BACKPACKER UZAIR OTHMAN KE PARIS, FRANCE
Saya tiba di kota Madrid dengan menaiki pesawat EasyJet iaitu pesawat tambah murah yang terkenal di Eropah..Travel dengan flight lebih cepat berbanding train dan bas..harga nya juga tidak mahal..masa saya travel dari Paris-Madrid , kos penerbangan adalah 47 Euro.. Jika naik flight EasyJet anda akan mendarat di Terminal 1 Barajas Airport, Madrid. Pengangkutan termudah dari airport ke kota Madrid adalah dengan menaiki bas dengan kos 5 Euro. Nak naik train pun boleh juga lebih kurang 2 Euro kosnya. Oleh kerana saya menginap di area Atocha, jadi dengan menaiki bas ini lebih mudah sebab station akhir bas ini adalah di station bas Atocha.Tempoh perjalanan sekejap saja lebih kurang 30 minit.
Akhirnya tiba di Station Atocha…station ini bukan hanya untuk bas tapi ada juga train antara bandar di sepanyol, train bandar madrid dan train ke bandar eropah yang lain. Cuaca masa saya disini adalah 43 darjah celcius kerana waktu ni adalah permulaan musim panas..jadi kene banyak minum air.
Klik READ MORE dibawah untuk terus membaca perjalanan saya di Europe..
Saya bersama rakan-rakan backpacker yang lain menginap disini iaitu Hostal Buelta lebih kurang 5 minit jalan kaki dari station Atocha tadi. Penginapan disini tidak terlalu mahal..lebih kurang 35 Euro semalam bagi bilik seperti gambar di bawah.tapi memang basic ada katil, kipas/AC/ tandas.
Tak kisah lah bilik macam mana yang penting dapat tidur..hehe…waktu saya tiba disini lebih kurang pukul 4.30 petang..dan kalau summer waktu siang nya lebih panjang dari waktu malam..jadi waktu maghrib disini pun lebih kurang pukul 9.30 malam.
Oleh kerana cuaca terlalu panas, jadi singgah dulu La sirena ..ala-ala macam 7 eleven kalau kat sini..beli berbotol-botol air untuk minum..serius cuaca terlalu panas time ni..
Lepas badan dah oke…apa lagi..makan la…lokasi pertama untuk makan adalah di Euro Doner Istanbul…bajet tak sampai dalam 10 Euro..murah lg dari tu pun ada menu nya.
setiap kali makan kedai disini mesti dia bagi roti atau roti nan…bedal jela..biar kenyang..
Ini menu yang saya order…Daging shawarma, papatas fritas (kentang goreng) dan nasi briyani + air coke..8 euro jeeeee….
kedai makan halal ni pun dekat je dengan penginapan saya tapi korang jangan risau..walaupun kedai ni jual arak tapi ni je option yang ada untuk korang makan…so ambil menu yang halal…kat spain ni kedai muslim memang jual arak..kalau tak memang takleh survive la perniagaan dia dan bakal di boikot oleh masyarakat setempat..jadi jangan banyak songeh..makan je apa yang halal ni..ini rezeki kita dapat..kalau tak makan berlapar la nanti..
Ini yang paling dinantikan..nak melawat stadium pasukan favorite saya iaitu Real madrid…tapi pergi keessokkan hari nya..just tunjuk je kad ni..hehe lepas makan, kami pun balik bilik dan terus tidur….maklumlah cuaca panas sangat sampai rasa pening nak pengsan pun ada..
keesokkannya, bermula perjalanan kami di pagi hari..lebih kurang pukul 8 pagi kami keluar dari penginapan.. plan kami nak lawat beberapa lokasi menarik di sekitar madrid dengna menaiki Metro (train).
Pakai tourist pass lebih jimat jika travel di sekitar spain..cost 8 Euro bagi day pass.
lepas dapat tiket, terus naik metro…masyarakat spain ni peramah orang nya..dia akan bantu kita walaupun dia tak boleh berbahasa inggeris..dia sedaya upaya akan bantu kita…dan meraka rajin bagi ucapan “Hola!” bermaksud Hello..
Hola !! Como estas (Hello, Apa kabar)
Mubien atau Buenas (khabar baik)
saya main bantai je..asal bunyi sama..haha
Lokasi pertama di hari kedua ini adalah Plaza De Cibeles …ini merupakan simbol ikon bandaraya Madrid..Disini juga merupakan tempat pesta bagi pasukan bola sepak RealMadrid jika mereka memenangi piala. ketua pasukan real madrid akan kalungkan mafla leher patung di belakang saya tu..
Lokasi berikut nya adalah di Puerta Del sol ..ini adalah tempat yang sangat sibuk di waktu tengah hari kerana orang Madrid suka lepak area sini sebab ada bar dan restaurant..dia orang ni suka minum tepi jalan..restaurant akan letakkan meja di luar kedai…konon-konon nya macam nak berjemur panas…
Masih di Puerta Del Sol, disini juga merupakan lokasi tumpuan pelancongan ..korang boleh pilih pelbagai pilihan agency dan disini juga ada dijual cenderahati..
Oleh kerana saya ni peminat Real Madrid, jadi habis saya borong poskad pemain real..kalau beli di stadium mahal sikit..beli kat sini murah..kos lebih kurang 0.80 cent Euro
sebelum ke lokasi seterusnya, amek gambar sekeping dulu sebagai kenangan di Puerta Del sol..
yang di nantikan telah tiba.. HALA MADRID !!!
Stadium tour memang menjadi impian saya sejak mula-mula lagi rancang trip europe ni.
sebelum ke stadium tour, sarapan pagi dulu…selfie dulu..
Lokasi sarapan pagi adalah cafe bersebelahan stadium iaitu El Almacen Argentino..dia jela faham apa maksud nya..haha
Cost sarapan lebih kurang 8 Euro..melayang lagi duit..hahaha
kemudian baru lah kita masuk Stadium tour…Tiket tour ni adalah 19 Euro,,excited giler bila masuk stadium ni..hehe
Masuk-masuk je, terus meraikkan kejayaan Cristiano Ronaldo memenangi pemain terbaik duna FIFA 2014.
Dalam Museum Real Madrid saya boleh kata kan stadium tour paling moden di Europe..team EPL memang takleh lawan..kalau korang tak caye…datang sini…serius cakap ni….gambar diatas tu adalah piala kelab dunia yang Real menang di Morocco pada December 2014.
Agak kegelapan sikit…tapi nampak la juga bukti dah samapai sini…hehe
sebelum keluar stadium sempat borong souvenir ..huhu
Lepas stadium, singgah makan tengah hari di D-K kebab…restaurant ni terletak di dalam shopping mall tingkat 1..betul-betul sebelum stadium santiago bernabeu ni.
ini antara menu nya..tak leh blah siap copy KFC..hahaha..tapi bagus sebab murah…
sebelum naik metro sebab nak ke lokasi sempat dulu selfie disini..entah bila la nak datang lagi…
selang 4 jam selepas saya selfie disini..sy pun bukak la instagram..jadi nampak gambar David Beckham selfie disini…
perasaan saya waktu tu..hmmmm..kalau la dia sampai waktu sama kan best..
masa nak naik train, kad member saya tiba-tiba mesin takleh baca..jadi ada sorang perempuan spain ni bantu cakap dekat operator..memang baik betul,,,yela..nak cakap Spanish memang tak reti..hehe ..mesti korang tertanya-tanya apa itu No pasar…itu bermaksud dilarang masuk…pasar bermaksud masuk..
inilah kad day pass for tourist tu..beli kat vender machine Metro tu je…nama kad ni dalam spanish adalah Abono Turistico 1. kad ni pun macam kat paris juga..dia ada zon-zon dia. amek zon 1 kalau dalam madrid..
Metro dekat Madrid ni bagus juga..sebab dia siap tulis station mana korang patut berhenti untuk tukar train..
seterus nya ke Hard Rock Cafe madrid…ikutkan juga ke tempat ni sebab kawan-kawan lain nak g..saya tak minat sangat tapi layankan juga..
tu bendara spain kat belakang tu..
kemudian kami bersiar-siar di Gran Via..lokasi ni pun famous juga sebab lokasi pelancong dan masyarakat spain lepak-lepak..
Nak cari souvenir kat Gran Via ni pun boleh juga…ada yang murah…bagi saya, Madrid lebih selamat berbanding Paris..disini tak ada pick pocket yang melampau macam kat Paris…kira kat sini masyarakat nya jelas nampak hidup aman damai..
ini pula adalah rumah masyarakat madrid ni…memang style latin kuat sikit…tak kejar sangat kemodenan dan masih kekal klasik.
lepas tu saya ke Royal palace of Madrid…macam istana negara tu la…
Nak masuk istana ni kene bayar 8 Euro..jadi duk luar amek gamba ajelah ye..
seni bina bangunan disini memang cantik untuk ambil gambar..ia dikekalkan sejak ratusan tahun dahulu..sejak nama nya andalusia lagi.
ini permandangan Royal palace of MADRID dari jauh
lepas habis melawat, tiba masa untuk makan malam…malam tak bape malam la sebab baru pukul 7 petang…kan saya kata tadi..maghrib kat sini pukul 9.30 malam…jadi siang nya panjang sikit..makan malam kami di Restaurant Jalo
makan nasi africa dengan salad + daging shawarma
lepas makan,…kami pun balik ke penginapan dan berehat..
keesokkan pagi nya, kami melawat Retiro park, park ni dekat je dengan penginapan kami,..jadi boleh jalan kaki saja…memang besar park ni…jadi siapkan fitness korang
kalau nak picnic atau lepak-lepak memang sesuai tempat ni.
lepas tu kami ke Atocha station, saja nak tengok keadaan disini…kata nya station keretapi no.2 terbaik di dunai…
memang terbaik…teratur, klasik dan selamat..
ada juga kedai-kedai barangan kulit di dalam station Atocha ini..
lepas je melawat tempat ni, kami pun bertolak ke Barajas Airport bagi meneruskan perjalan ke LONDON !!!
sebelum tu lunch dulu dekat Restaurant Jalo yang berdekatan dengan penginapan kami tu..
ini ahli trip kami..kami berempat…gambar ni semasa kami tiba di Barajas Airport..kami kesini menaiki bas yang saya cite mula-mula tadi..cost nya sama 5 Euro..
dekat free duty shop dalam airport ni jual perfume 19.90 Euro..murah juga..sebab ada yang mahal kat Malaysia..
banyak juga kawan-kawan saya borong …saya tengok aje….hehe
okey next city adalah LONDON !!!
dalam spanish ia disebut Londres ….
nanti saya akan sambung lagi perjalanan saya..
bagi yang nak join trip ke Euro pada tahun 2016..korang boleh join saya..
korang tak perlu pening..semua tempahan diuruskan oleh saya..saya sendiri akan guide korang.
baca Maklumat lanjut disini (PAKEJ EUROPE 2016)